Anda sedang melihat koleksi Kata Abu Nuwas.
![]() |
| Dunia ini sememangnya gelap. Maka kita perlu menjadi bintang. |
![]() |
| Di sebalik pakaian yang kita banggakan, ada tubuh yang kita malukan. |
![]() |
| Murah hati bukanlah sifat yang murah. |
![]() |
| Orang yang berjaya adalah mereka yang berjaya menjadikan orang lain berjaya. |
![]() |
| Salah satu cara untuk bersihkan hati adalah dengan membersihkan persekitaran kita. |
![]() |
| Waktu sekolah mungkin tamat tengahari. Tetapi waktu belajar tamatnya bila mati. |
![]() |
| Kata-kata bijak tidak ada erti jika hanya sekadar dibaca. |
![]() |
| Kesilapan orang lain bukan untuk dikeji tetapi untuk dikaji. |
![]() |
| Merendah diri menjadikan kamu lebih tinggi. |
![]() |
| Harga diri anda tidak terletak pada barang berharga yang anda miliki. |
![]() |
| Bila guru mengajar hanya kerana upah, maka murid belajar hanya untuk markah. |
![]() |
| Kesetiaan bukan sekadar menghadirkan diri tetapi juga menghadirkan hati. |
![]() |
| Ada mungkin tuhan memberikan rezeki seseorang yang lain melalui kamu. Maka beringatlah apabila kamu mempunyai lebihan. |
![]() |
| Jangan rasa diri ini tiada yang peduli. Disaat kau mati nanti pasti akan ada yang tolong mandi dan gali. |
![]() |
| Ramai berkata 'tiada rezeki' apabila tidak mendapat sesuatu. Hakikatnya, ia juga satu rezeki. |
![]() |
| Jangan biarkan dirimu terperangkap dalam kebebasan. |
![]() |
| Perjalanan beribu batu bermula dengan doa. |
![]() |
| Semua orang tidak percaya adakan anda selama ini benar-benar belajar. Sebab itu diadakan peperiksaan. 😂 |
![]() |
| 'Nanti' adalah perkataan yang bahaya. |
![]() |
| Hadir ke peperiksaan adalah kejayaan pertama. Menjawab soalannya adalah kejayaan kedua. |
![]() |
| Sabar dengan kesengsaraan. Semuanya itu bersifat sementara. |
![]() |
| Sikap merendahkan diri cumalah satu lakonan jika ia berlaku tanpa kerendahan hati. |
![]() |
| Satu lagi tahun. Satu lagi peluang. |
![]() |
| Nelayan lebih cemerlang berada di laut berbanding di pejabat. |
![]() |
| Kebaikan dibuat bukan untuk dikira. |
![]() |
| Yang mencintai sentiasa lebih kaya daripada yang dicintai. |
![]() |
| Utamakan cara yang betul. Bukan yang senang. |
![]() |
| Ya, kita semua saling melengkapi. Namun yang penting adalah susunannya. Siapa harus berada di sebelahku? Dan siapa harus berada di sebelahmu? |
![]() |
| Berbahagi dan berbahagia |
![]() |
| Dunia ini akan musnah. Tapi itu tidak bermakna kita perlu memusnahkannya. |
![]() |
| Untuk jadi kaya, kita tidak perlu segan untuk hidup miskin. |
![]() |
| Kedudukan tidak melambangkan kebijaksanaan. Tetapi kebijaksanaanlah yang meletakkan dimana kamu. |
![]() |
| Menganggur boleh mengeraskan hati. Lakukanlah sesuatu. |
![]() |
| Saat kita gagal, kita lupa bahawa kita telah berjaya. Berjaya mencuba. |

































